 |
 |
 |
 |
 |
Keris
merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman
keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang
lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.
Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.
Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya
serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan
pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.
Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah
membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran
besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.
Hulu Keris
|

|
|
|
|

|
Ulu
keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian
tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya
dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau
tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang,
boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas,
perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).
Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk,
Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya
menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa
dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul,
awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa
Hindu dengan imbasan wajah manusia.
Pendongkok
Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak.
Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga
dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran
biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian
permukaan ganja.
Bilah Keris
Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri
dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk
mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek
penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan
corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.
Keris
juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan
unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan
kekuasaan.
Galeri Keris
Hulu
Keris
Sampir
Keris
Pandai
Besi
Sampir dan Batang
Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti
sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama
seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau
disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu
tersebut telah menampakkan keindahannya.
Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing
sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran
bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya
pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari
perak, emas, tanduk atau gading.
Jenis Keris
Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain
sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.
 
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |