PERALATAN BILIK TIDUR

Menu Utama|Laman Utama||Tikar Mengkuang||Tikar Buluh||Tikar Rotan|

Tampuk Bantal

Kesenian tradisi masyarakat Melayu terserlah sehingga ke bilik tidur. Ini dapat dilihat daripada perhiasan pada kelambu, sarung bantal, cadar dan tikar yang menghiasi bilik tidur.

Sarung bantal dihiasi dengan sulaman dan seni tekat benang emas atau perak. Ini termasuk tampuk bantal iaitu bagi bantal golek atau bantal peluk. Tampuk bantal biasanya berbentuk bulat dan segi empat. Namun pada kelazimannya berbentuk bulat. Corak sulaman pada tampuk bantal mengikut motif sulaman yang digunakan pada cadar dan sarung bantal supaya menjadikan ia satu set yang sama. Sulaman tekat benang emas atau perak lazimnya dilakukan di atas kain baldu. Warna kain mengikut kegemaran, di mana warna pilihan biasanya merah, jingga, biru dan hijau.