|
PERALATAN DAPUR |
||||||||||||||||||||
|
|Dulang Tembaga| |Periuk Tembaga||Kuali Tembaga||Bakul||Raga||Lekar||Nyiru||Gayung| |Kukuran| |Lesung Batu||Lesung Tangan||Lesung kaki||Senduk||Sudu||Sudip||Tudung Saji| |Guri||Tempayan||Pasu||Labu Sayong||Tapis Kelapa||Pemerah Kelapa||Pengenalan| Batu
Kisar Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional. Sebelum
dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam
semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang
hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang
yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan
kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang
akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada
ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan
keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan
sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk
membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain.
Jika ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka,
hasil kisaran tadi hendaklah ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan
untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran.
|
||||||||||||||||||||