|
PERALATAN DAPUR |
|||||||||||||||||||||||||
|
|Dulang Tembaga| |Periuk Tembaga||Kuali Tembaga||Bakul||Raga||Lekar||Nyiru||Gayung| |Kukuran| |Lesung Batu||Lesung Tangan||Lesung kaki||Senduk||Sudu||Sudip||Tudung Saji| |Guri||Tempayan||Pasu||Labu Sayong||Tapis Kelapa||Pemerah Kelapa||Pengenalan| Labu
Sayong Tradisi tembikar ini
diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk
di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya
dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper
seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai.
Hiasan yang kebanyakannya
digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar
ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan
labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan
corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini
mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa
mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang
biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan
labu sayong. Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi
penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis
tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para
penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah
yang didapati satu kaki
daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya
ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan.
Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan,
papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk
tembikar. Teknik yang digunakan
bagi proses pembuatan Labu
Sayong. Teknik Picit Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari. Teknik Kepingan
Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga
menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut
kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan. Teknik Tuangan
Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris. Teknik Lingkaran
Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring
sebagai pelapik.
Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong. Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian
barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm.
Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat
untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan
berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat
kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan
dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan
tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan
mengikis bahagian yang tidak rata.
Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu.
Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya
retak. Labu ini dibiarkan
selama lima belas (15) hari. Corak Teknik membuat
ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir
besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat.
Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa
bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan.
Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak
semulajadi. Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan
untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun
pisang kering dan rumput kering. Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan. Kegunanaan dalam Kehidupan HarianLabu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.
|
|||||||||||||||||||||||||