|
PERALATAN MENANGKAP IKAN |
|||||||||||||||||||
|
Serkap Serkap
ialah sejenis alat untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada
buluh, rotan atau bemban. Masyarakat Melayu yang tinggal di pesisir
pantai dan sungai gemar menangkap ikan pada masa dahulu dan sekarang
untuk dijadikan sumber makanan dan juga sumber ekonomi. Mereka menggunakan
serkap untuk menangkap ikan di sawah bendang, sungai, paya dan di
kolam. Kebiasannya serkap diperbuat daripada buluh yang berbentuk
kon. Cara
membuat serkap adalah mudah, hanya buluh yang matang dan tua sahaja
akan digunakan untuk membuat serkap. Serkap diperbuat daripada buluh
yang diraut halus. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas
kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu pula diperbuat daripada
buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti
kelongsong dan terbuka hujungnya. Lazimnya
serkap tidak diwarnakan dengan corak yang menarik. Buluh lebih sesuai
dijadikan serkap kerana ia tahan lama dan tidak mudah reput apabila
sentiasa terkena air. Serkap juga boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam. Ayam yang diserkap biasanya ibu ayam dengan anak-anaknya yang berusia antara 3-4 hari, bagi tujuan keselamatan anak-anak ayam supaya dapat makanan yang cukup dan selamat daripada binatang yang makan anak ayam seperti kucing, anjing, musang dan burung helang.
|
|||||||||||||||||||