| |
| |
Serunai |
|
| |
|
| |
| Pengenalan |
Diperbuat daripada
kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya
berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang.
Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering.
Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya
agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara
serta diwarnai dengan warna yang terang.
|
| |
| Fungsi |
Serunai dimainkan
bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang
silat.
|
| |
| Cara Bermain |
Pelidah empat lapis
itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit
dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik.
Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat
dimainkan sehingga selesai.
|
| |
| Lain-lain Gambar |
| |
| Tiada |
| |
|
|