| |
Sompoton |
|
| |
|
| |
| Pengenalan |
| Diperbuat dari
labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun
dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan
menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh
tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah
buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak
berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap
tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah
ditentukan. |
| |
| Fungsi |
Alat ini dimainkan
oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian.
Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan
untuk mengiringi tarian.
|
| |
| Cara Bermain |
Pemain boleh meniup
atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada
empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar
buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar
dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
|
| |
| Lain-lain Gambar |
| |
|
|
| |