| Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui
lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa
jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling
hidung dan lain lain yang sejenis. |
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui
tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik
idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya.
Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone',
yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir
dalam ensemble gamelan. |