| |
Rebab |
|
| |
|
| |
| Pengenalan |
| Alat Muzik
bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada
dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga
di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras
sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada
perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi
bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher
atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian
atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang
ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah
di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda
titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek
ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan
tali tangsi. |
| |
| Fungsi |
Digunakan dalam
muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
|
| |
| Cara Bermain |
| Rebab diletak berdiri
didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil
menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari
tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian
leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada
jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th. |
| |
| Lain-lain Gambar |
| |
|
|
| |