Laman Utama l Pengenalan l Elemen Seni bina l Realiti Maya

Masjid ini adalah terletak di Klang, Bandar Diraja Selangor. Ia terletak di Kampung Jawa, berhampiran dengan Istana Klang. Masjid ini telah direka oleh L. Keste Vend an dibina pada tahun 1932 sebagai hadiah kerajaan British kepada Sultan Suleiman. Pada awalnya nama sebenar masjid ini ialah Masjid Suleiman  Jamiur Rahman.

Masjid ini menjadi sebahagian daripada mercu tanda penting untuk bandar Klang. Ia boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1000 jemaah dalam satu masa. Terdapat juga pusara keluarga Diraja Selangor yang disemadi di situ.

Kubah separa hemisfera yang berwarna kuning itu bersifat unik dan membentuk identitinya yang tersendiri. Menara besar yang juga berkubah kuning adalah merupakan menara tunggal dan diapit oleh enam menara yang lebih kecil dan rendah.